Orang_Samaria
Orang_Samaria

Orang_Samaria

Orang Samaritan (Bahasa Ibrani: שומרונים‎ Shomronim), dikenali dalam Talmud sebagai Kuthim (Bahasa Ibrani: כותים‎), ialah satu kumpulan etnik di Levant. Secara etnik, mereka berketurunan dari sebuah kumpulan penduduk Bani Israil yang mempunyai hubungan dengan Samaria kuno sejak permulaan Buangan Babylon hingga permulaan Tahun Masihi. Bagaimana pun, orang Samaritan menyatakan bahawa nama mereka bukan berasal daripada gelaran geografi ini, tetapi lebih kepada istilah שַמֶרִים‎ (Shamerim), "penjaga [undang-undang Musa]".]”.[perlu rujukan] Secara keagamaan, mereka adalah penganut Samaritanisme, satu agama yang berasaskan Torah. Orang Samaritan mendakwa bahawa sembahan mereka (yang berlainan daripada aliran utama agama Yahudi) adalah agama Bani Israil kuno yang benar, yang wujud sebelum Haikal Sulaiman.