Orang_Tibet

Orang Tibet (skrip Tibet: བོད་པ།་; Wylie: Bodpa; Bahasa Cina: 藏族; pinyin: Zàng Zú) merupakan sebuah kelompok etnik yang berasal dari Tibet yang sebahagian besarnya terletak di Republik Rakyat China. Dengan sejumlah 5.4 juta orang, mereka ialah kelompok etnik ke-10 terbesar di negara tersebut. Kelompok minoriti Tibet turut terdapat di negara-negara India, Nepal, dan Bhutan.Orang Tibet bertutur dalam bahasa Tibet yang tergolong dalam rumpun bahasa Sino-Tibet dan terdiri daripada pelbagai loghat yang sukar saling difahami. Mengikut tradisi atau mitos asal-usul orang Tibet, mereka diturunkan daripada monyet Pha Trelgen Changchup Sempa dan raksasa batu Ma Drag Sinmo. Kebanyakan orang Tibet menganut agama Buddha Tibet, bahkan juga ada yang menganut agama pribumi iaitu Bön dan lain-lain seperti Islam. Agama Buddha Tibet mempengaruhi seni, drama, dan seni bina Tibet, sementara muka bumi Tibet yang teruk melahirkan buday perubatan dan masakan yang adaptif.