Orang_Ulu

Orang Ulu ialah suatu gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan kira-kira 27 kelompok etnik kecil tetapi berbeza di Sarawak, Malaysia dengan populasi di antara kurang 300 orang hingga lebih 25,000 orang. Orang Ulu bukan merupakan istilah rasmi dan tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Istilah ini dipopularkan oleh satu persatuan minoriti yang dibentuk pada 1969 dan dikenali sebagai "Persatuan Kebangsaan Orang Ulu" (OUNA).Antara kaum yang termasuk dalam kelompok Orang Ulu ialah: Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan dan Kelabit. Gelaran Orang Ulu, juga ditujukan khas kepada kaum-kaum tersebut kerana mereka mendiami di bahagian hulu Sungai Batang Rajang iaitu di Daerah Belaga.