Pemuliharaan Orang_utan

Status pemuliharaan

Pembasmian hutan untuk penanaman kelapa sawit di Indonesia. 80% pembalakan Indonesia dilakukan secara haram kerana penguatkuasaan yang lemah serta gejala rasuah yang parah.[93]

Spesies Sumatera dan Borneo adalah terancam genting[94][95] mengikut Senarai Merah IUCN bagi mamalia, dan kedua-duanya tersenarai dalam Apendiks I CITES.[94][95] IUCN menganggarkan pada 2016 bahawa terdapat sekitar 100,000 ekor orang utan yang hidup liar (pada 1973 ada 288,500 ekor), malah populasinya dijangka merosot lagi kepada takat 47,000 ekor menjelang 2025.[96]

Populasi orang utan Borneo merosot sebanyak 60% dalam 60 tahun yang lepas, dan diunjur merosot lagi sebanyak 82% dalam 75 tahun. Taburannya berpecah-belah di seluruh Borneo, malah sudah hapus sama sekali di beberapa wilayah, termasuklah tenggara.[95] Populasi terbesar yang masih wujud terdapat di hutan sekitar Sungai Sabangau, tetapi persekitaran ini pun terancam.[97]

Populasi orang utan Sumatera merosot sebanyak 80% dalam 75 tahun.[94] Spesies ini kini hanya terdapat di bahagian utara Sumatera, dengan kebanyakan populasinya menduduki Ekosistem Leuser.[94] Pada lewat Mac 2012, sebuah populasi yang pernah besar di Sumatera utara dilaporkan diancam oleh kebakaran hutan dan mungkin terhapus sama sekali dalam beberapa minggu.[98]

Anggaran tahun 2000 hingga 2003 mendapati bahawa 7,300 ekor orang utan Sumatera[94] dan 45,000 hingga 69,000 orang utan Borneo[95] masih hidup liar. Kajian 2007 oleh pemerintah Indonesia mencatatkan jumlah populasi orang utan liar sebanyak 61,234 ekor, 54,567 daripadanya di pulau Borneo pada 2004. Jadual yang berikutnya memaparkan pecahan jumlah orang utan mengikut spesies dan subspesies daripada laporan ini dan juga laporan terkini (bagi P. tapanuliensis):[99][100]

Nama saintifikNama amKawasanAnggaran
Pongo abeliiOrang utan SumateraSumatera6,667
Pongo tapanuliensisOrang utan TapanuliSumatera (kawasan Danau Toba)<800
Pongo pygmaeusOrang utan BorneoBorneo
P. p. morioOrang utan Borneo Timur LautSabah11,017
P. p. morioOrang utan Borneo Timur LautKalimantan Timur4,825
P. p. wurmbiiOrang utan Borneo TengahKalimantan Tengah>31,300
P. p. pygmaeusOrang utan Borneo Barat LautKalimantan Barat dan Sarawak7,425

Pada awal 2000-an, habitat orang utan merosot secara mendadak disebabkan pembalakan dan kebakaran hutan di samping pemecahan populasi oleh pembinaan jalan raya.[94][95] Satu faktor utama ketika itu adalah penukaran sebahagian besar hutan tropika kepada dusun kelapa sawit untuk memenuhi permintaan antarabangsa. Minyak sakit digunakan untuk tujuan masakan, kosmetik, mekanik dan biodiesel.[95] Pemburuan juga satu masalah utama[94][95] d samping perdagangan haiwan peliharaan haram.[94][95]

Orang utan boleh dibunuh untuk memperoleh daging atau ubat tradisional mahupun untuk melindungi tanaman. Tulang orang utan diperdagangkan secara senyap di kedai-kedai bones are secretly traded in souvenir shops in several cities in Kalimantan, Indonesia.[101] Ibu orang utan dibunuh supaya anak-anaknya dapat dijual sebagai haiwan peliharaan, dan banyak anak ini mati tanpa pertolongan ibunya.[102] Sejak 2004, beberapa orang utan peliharaan dirampas oleh pihak berkuasa tempatan dandihantar ke pusat pemulihan.[95]

Pada Mei 2017, sekumpulan aktivis Yayasan Borneo Orangutan Survival menyelamatkan seekor orang utan balar (albino) dari kurungan di sebuah kampung terpencil di Kapuas Hulu di Kalimantan. Menurut sukarelawan BOSF, orang utan balar jarang sekali ditemui – dalam setiap 10,000 ekor hanya ada satu. Inilah orang utan balar pertama yang ditemui oleh pertubuhan tersebut selama 25 tahun bergiat.[96][103]

Pada November 2017, para penyelidik menemui bukti genetik bagi spesies baru orang utan iaitu Pongo tapanuliensis yang hanya ditemui di hutan Batang Toru di Sumatera, Indonesia. Dianggarakn bahawa terdapat kurang daripada 800 ekor, maka orang utan Tapanuli adalah mawas besar yang paling terancam.[104]

Pusat dan pertubuhan pemuliharaan

Pengkaji orang utan Birutė Galdikas menyampaikan buku tentang orang utan.

Ada beberapa buah pertubuhan yang berusaha untuk menyelamatkan, memulihkan dan memperkenalkan semula orang utan ke dalam alam liar. Yang besar sekali ialah Yayasan Borneo Orangutan Survival yang ditubuhkan oleh ahli pemuliharaan Willie Smits. Diaudit oleh sebuah syarikat juruaudit multinasional,[105] ia menjalankan beberapa projek besar seperti Program Rehabilitasi Nyaru Menteng yang ditubuhkan oleh ahli pemuliharaan Lone Drøscher Nielsen.[106][107]

Pusat-pusat pemuliharaan lain yang terdapat di Indonesia termasuklah yang ada di Taman Negara Tanjung Puting dan Taman Negara Sebangau di Kalimantan Tengah, Kutai di Kalimantan Timur, Taman Negara Gunung Palung di Kalimantan Barat, dan Bukit Lawang di Taman Negara Gunung Leuser di sempadan Aceh-Sumatra Utara.

Di Malaysia, kawasan pemuliharaan orang utan termasuklah Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Hidupan Liar Matang di Sarawak, dan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok berdekatan Sandakan di Sabah.[108] Pusat-pusat pemuliharaan orang utan di luar negara asal orang utan pula termasuk Persatuan Zoologi Frankfurt, Orangutan Foundation International (yang ditubuhkan oleh Birutė Galdikas)[109] dan Australian Orangutan Project.[110]

Pertubuhan-pertubuhan pemuliharaan seperti Orangutan Land Trust berganding bahu dengan industri minyak sawit untuk meningkatkan kemampanan serta menggalakkan industri untuk menubuhkan pusat pemuliharaan bagi orang utan[111] dengan berusaha untuk menyatukan pelbagai pemegang kepentingan untuk mencapai pemuliharaan spesies dan habitatnya.[112]

Rujukan

WikiPedia: Orang_utan http://arts.anu.edu.au/grovco/Gorilla%20Biology.pd... http://www.environment.gov.au/tax/reo/index.html http://www.yorku.ca/arusson/Papers/GoI%20OU%20acti... http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2012/03... http://www.alphadictionary.com/goodword/word/orang... http://www.antaranews.com/en/news/75425/stop-orang... http://www.bbc.com/news/science-environment-418488... http://www.cell.com/current-biology/fulltext/S0960... http://edition.cnn.com/2014/12/23/world/americas/f... http://www.eco-business.com/features/new-deal-for-...