Osama_bin_Laden
Osama_bin_Laden

Osama_bin_Laden

Osama bin Laden (Bahasa Arab: أسامة بن محمد بن عوض بن لادن‎,ʾUsāmah bin Muḥammad bin ʿAwaḍ bin Lādin; 10 Mac 1957 – c. 1 Mei 2011[1][2][3][4]) ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera. Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden.[5]Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Buronan Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.[6][7][8]Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.Pada 1 Mei 2011, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan di saluran televisyen kebangsaan bahawa bin Laden telah dibunuh oleh pasukan tempur SEAL Amerika di Abbottabad, Pakistan[3][9] dalam operasi rahsia yang diluluskan oleh Presiden Barack Obama.

Rujukan

WikiPedia: Osama_bin_Laden http://articles.cnn.com/2001-10-10/us/inv.mostwant... http://www.forbes.com/2001/09/14/0914ladenmoney.ht... http://www.nytimes.com/2011/05/02/world/02osama-bi... http://www.nytimes.com/2011/05/02/world/asia/osama... http://usamahbinmuhammadbinawadbinladin.com/ http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www.fbi.gov/wanted/topten/fugitives/laden.h... http://web.archive.org/web/20080103044553/http://w... //ms.wikibooks.org/wiki/Special:Search/Osama_bin_L... //commons.wikimedia.org/wiki/Special:Search/Osama_...