Osceola, dilahirkan sebagai
Billy Powell (1804 – 30 Januari 1838) (Creek), menjadi seorang ketua penting kaum
Seminole di
Florida,
Amerika Syarikat. Beliau anak kacukan daripada bangsa
Creek,
Scotland-Ireland, dan
Inggeris dan dibesarkan sebagai seorang Creek oleh ibunya, oleh sebab puak ini mengamalkan sistem
nisab ibu. Mereka berpindah ke Florida semasa beliau masih kecil, bersama-sama orang pelarian
Red Stick berikutan kekalahan mereka dalam
Perang Creek dalam tahun 1814.Dalam tahun 1836, Osceola memimpin satu kumpulan kecil pejuang dalam penentangan Seminole sewaktu
Perang Seminole Kedua, yang tercetus apabila Amerika Syarikat mencuba untuk
mengusir puaknya dari tanha-tanah mereka di Florida. Beliau menjadi penasihat
Micanopy, ketua utama Seminole dari tahun 1825 sehingga 1849. Osceola memimpin gerakan penentang Seminole sehinggalah beliau ditawan dalam tahun 1838, dan dibawa ke sebuah kubu AS untuk perbincangan perdamaian. Oleh sebab beliau seorang yang ternama, Osceola menjadi tarikan para pelawat dan juga pelukis potret terkemuka. Beliau meninggal dunia beberpa bulan kemudian di
Fort Moultrie di
Charleston, South Carolina, akibat penyakit berjangkit dalaman atupun
malaria.Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{
tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.