Oslo
Oslo

Oslo

Oslo merupakan sebuah ibu negara dan bandar paling ramai penduduk di Norway. Oslo ditubuhkan sekitar tahun 1000 M, dan menubuhkan sebuah "kaupstad" ataupun tempat perdagangan pada 1048 oleh Raja Harald III. Bandar ini menerima status keuskupan pada tahun 1070 di bawah Raja Haakon V. Norway bergabung dengan Denmark dan Sweden lalu menubuhkan Kesatuan Kalmar dari tahun 1397 sehingga 1523 dan sekali lagi iaitu kesatuan Denmark-Norway dari tahun 1536 sehingga 1814. Norway bergabung semula dengan Sweden iaitu kesatuan Sweden-Norway dari tahun 1814 sehingga 1905. Selepas Oslo musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1624, kota ini dipindahkan ke Istana Akershus ketika pemerintahan Raja Christian IV dan menamakan kota itu sebagai Christiania untuk memperingati dirinya. Ia kemudian ditubuhkan sebagai sebuah perbandaran pada 1 Januari 1838. Berikutan pembaharuan ejaan, ia dieja sebagai Kristiania dari 1877 sehingga 1925, apabila nama asal Norway dipulihkan.Oslo merupakan pusat ekonomi dan politik bagi negara Norway, Bandar ini juga merupakan pusat perdagangan, perindustrian, perkapalan dan perbankan Norway. Bandar ini juga adalah sebuah pusat yang penting untuk industri maritim dan perdagangan maritim di Eropah. Bandar ini adalah rumah bagi banyak syarikat-syarikat dalam sektor maritim. Oslo adalah sebuah bandar perintis daripada Majlis Eropah dan Suruhanjaya Eropah.Oslo dianggap sebagai bandar global.[4] Ia berada di kedudukan nombor satu dari segi kualiti hidup di kalangan bandar-bandar besar Eropah pada tahun 2012 berikut laporan oleh majalah fDi.[5] Satu kajian yang dijalankan oleh ECA International pada tahun 2011 meletakkan Oslo sebagai bandar kedua paling mahal di dunia untuk perbelanjaan hidup selepas Tokyo.[6] Pada tahun 2013, Oslo terikat dengan bandar Australia. Melbourne sebagai bandar raya keempat paling mahal di dunia menurut Economist Intelligence Unit (EIU).[7]Sejak Januari 2014, bandaraya Oslo mempunyai populasi seramai 634,000 orang.[8] Kawasan metropolitan Oslo mempunyai populasi seramai 1,502,604 orang.[9] Oslo merupakan bandar yang cepat berkembang menjadikan bandar utama yang paling pesat berkembang di Eropah.[10] Perkembangan populasi ini berpunca sebahagian besar daripada imigresen antarabangsa dan berkaitan kadar kelahiran tinggi. Penduduk pendatang di bandar ini berkembang agak lebih cepat daripada penduduk asal Norway.[11]

Oslo

Daerah Oslo
• Pakistan 3.6%
• Norway 71.5%
• Musim panas (DST) UTC+2 (CEST)
• Kepadatan 1,400/km2 (3,600/batu persegi)
• Metro 1,502,604
• Datuk bandar Fabian Stang (H)
• Sweden 2.2%
Zon waktu UTC+1 (CET)
• Urban 951,581
• Kepadatan urban 3,300/km2 (8,500/batu persegi)
• Kepadatan metro 170/km2 (440/batu persegi)
• Poland 1.7%
Kod kawasan (+47) 00
Negeri Østlandet
• Bandar 634,463
Laman web www.oslo.kommune.no
Ditubuhkan 1048
Poskod
0001 - 1299[3]
Negara Norway
• Somalia 2.0%
Ketinggian 23 m (75 ft)
• Gabenor Stian Berger Røsland (H)

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml