Budaya Oslo

Oslo mempunyai jumlah yang besar dan pelbagai tarikan kebudayaan, termasuk beberapa bangunan yang mengandungi karya seni oleh Edvard Munch dan pelbagai artis antarabangsa yang lain tetapi terdapat juga beberapa artis Norway. Contohnya, Knut Hamsun dan Henrik Ibsen. Kerajaan baru-baru ini telah melabur jumlah wang yang besar dalam pemasangan kebudayaan, kemudahan, bangunan dan perayaan di Bandaraya Oslo. Bygdøy, di luar pusat bandar merupakan pusat sejarah dan sejarah Viking Norway. Kawasan ini mengandungi sejumlah besar taman dan banyak muzium. Contohnya Muzium Fram, Vikingskiphuset dan Muzium Kon-Tiki. Oslo juga menjadi tempat penyampaian Hadiah Keamanan Nobel.

Muzium, galeri

Oslo mempunyai beberapa muzium dan galeri yang terletak di bandar. Muzium Munch mengandungi The Scream dan kerja-kerja lain oleh Edvard Munch, yang mendermakan semua hasil kerja-kerja beliau ke bandar ini sebelum kematiannya. Majlis perbandaran kini sedang merancang pembinaan satu Muzium Munch baru yang kemungkinan besar akan dibina di Bjørvika, yang terletak di barat daya bandar. Muzium itu akan dinamakan Munch/Stenersen. Di luar bandar, sebuah muzium menyediakan 155 bangunan yang masih kukuh dari semua daerah di Norway termasuk Gereha Stave.

Muzium Vigeland yang terletak di Taman Frogner, bebas untuk mengakses dan mengandungi lebih 212 ukiran oleh Gustav Vigeland termasuk sebuah obelisk dan Roda Kehidupan.[31] Patung lain yang popular ialah Sinnataggen, seorang bayi lelaki mengalami kecederaan pada kakinya. Tugu ini amat terkenal dan menjadi ikon di bandar ini.[32] Taman Arca Ekebergparken mempunyai kerja-kerja pelakaran patung oleh artis Norway dan antarabangsa seperti Salvador Dalí.[33]

Muzium Kapal Viking mempunyai tiga kapal Viking yang dijumpai di Oseberg, Gokstad dan Tune. Muzium ini juga menyediakan barang-barang unik lain yang ditemui sejak zaman Viking..[34] Muzium Bandar Oslo menerangkan tentang cara kehidupan rakyat dan sejarah tentang bandaraya Oslo.[35]

Pusat Keamanan Nobel ialah sebuah organisasi bebas yang dibuka pada 11 Jun 2005 oleh Harald V sebagai sebahagian daripada perayaan untuk menandakan ulang tahun ke-100 Norway sebagai negara yang merdeka.[36] Bangunan ini menempatkan pameran tetap, berkembang setiap tahun apabila pemenang Hadiah Keamanan Nobel diumumkan. Bangunan ini digunakan terutamanya sebagai pusat komunikasi.[37]

Muzik dan acara

Dewan Bandaraya Oslo yang menganjurkan upacara pemenang Hadiah Keamanan Nobel.

Sebilangan besar festival muzik diadakan di Oslo seperti festival jazz yang diadakan setiap tahun pada bulan Ogos sejak 25 tahun yang lalu.[38] Festival rock terbesar Oslo, Øyafestivalen atau nama ringkasnya "Øya". Ia berjaya menarik 60,000 orang ke Taman Peraj di timur Oslo dalam masa empat hari.[39]

Festival Muzik Gereja Antarabangsa Oslo[40] telah diadakan setiap tahun sejak tahun 2000. Festival Muzik Dunia Oslo memaparkan bintang membuat persembahan mereka tetapi mereka semua itu orang tidak dikenali di Norway. Festival Muzik di Dewan diadakan pada bulan Ogos setiap tahun dan diadakan di dewan bertaraf dunia dan peseta solo berkumpul di Oslo untuk melaksanakan di festival ini. Festival Rock Norway pula diadakan pada Jun setiap tahun.

Upacara Hadiah Keamanan Nobel diketuai oleh institut Nobel Norway. Upacara anugerah ini diadakan setiap tahun di Dewan Bandaraya pada 10 Disember.[41] Namun, festival bagi kawasan orang Sami yang berada jauh dari bandar mengadakan Hari Kebangsaan Sami dengan menganjurkan beberapa aktiviti dan hiburan.

Piala Dunia Biathlon di Holmenkollen diadakan setiahun dan para peserta lelaki mahupun wanita mengambil bahagian dalam acara sprint dan juga pursuit.[42] Contoh lain acara tahunan di Oslo adalah Desucon, sebuah konvensyen yang memberi tumpuan kepada budaya Jepun dan Færderseilasen, acara regata terbesar dunia dengan 110 bot megambil bahagian setiap tahun.[43]

Orkestra utama di Norway ialah Filharmonik Oslo yang terletak di Dewan Konsert Oslo sejak tahun 1977. Walaupun ia telah ditubuhkan pada tahun 1919, Filharmonik Oslo merupakan warisan daripada penubuhan Christiania Musikerforening (Persatuan Pemuzik Christiania) oleh Edvard Grieg dan Johan Svendsen pada tahun 1879.[44]

Oslo telah menjadi hos Festival Lagu Eurovision sebanyak dua kali.

Seni

Teater Negara Norway.

Oslo memiliki kira-kira 20 buah teater, termasuk Teater Norway dan Teater Kebangsaan yang berlokasi di Jalan Karl Johan. Teater Kebangsaan Norway merupakan teater terbesar di Norway yang terletak di antara istana diraja dan bagunan parlimen, Stortinget.[45] Teater ini mewakili pelako-pelakon dan penulis lagu tetapi penulis lain, penyanyi dan penari megambil bahagian di Rumah Opera Oslo yang baru dibuka yang terletak di Bjørvika. Rumah Opera itu dibuka pada tahu 2008 dan merupakan sebuah mercu tanda negara yang telah dihias oleh firma reka bentuk Norway, Snøhetta. Rumah itu mempunyai kira-kira 2000 tempat duduk. Bangunan itu juga menelang kos sebanyak 500 juta euro dan mengambil masa lima tahun serta Rumah Opera pertama di dunia yang membolehkan orang ramai berjalan di atas bumbung bangunan.[46]

Kesusasteraan

Ramai pengarang terkemuka Norway yang menetap di Oslo untuk beberapa tempoh dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, pemenang Nobel, Sigrid Undset membesar di Oslo dan menerangkan tentang biografi beliau dalam novel Elleve år (1934; diterjemahkan sebagai Tahun yang panjang).

Pengarang drama, Henrik Ibsen merupakan pengarang terkenal di Norway. Beliau banyak menulis seperti Hedda Gabler, Peer Gynt, A Doll's House dan The Lady from the Sea. Kini, penulis novel seperti Lars Saabye Christensen, Tove Nilsen dan Roy Jacobsen banyak menerangkan tentang bandar ini dan rakyat di dalam novel mereka. Pada awal abad ke-20, sastera dari Oslo termasuklah penyair Rudolf Nilsen dan André Bjerke.

Media

Surat khabar seperti Aftenposten, Dagbladet, Verdens Gang, Dagens Næringsliv, Finansavisen, Dagsavisen, Morgenbladet, Vårt Land, Nationen dan Klassekampen diterbitkan di Oslo. Pejabat utama penyiaran negara, NRK terletak di Marienlyst, Oslo. NRK juga menyediakan khidmat radio dan juga televisyen.

Sukan

Bislett Stadion, stadium bola sepak Oslo.

Arena Nasional Holmenkollbakken merupakan venue utama bagi sukan ski dan juga biathlon. Ia juga menganjurkan kejohanan piala dunia setiap tahun termasuklah Festival Ski Holmenkollen. Oslo menjadi hos Kejohanan Dunia Biathlon pada tahun 1986, 1990, 1999 dan 2002.

Oslo menjadi tempat utama bagi beberapa kelab bola sepak termasuk Vålerenga, Lyn, Skeid dan Stabæk yang telah memenangi Liga Perdana Norway dan Piala Bola Sepak Norway.

Ullevål Stadion menjadi arena utama bagi pasukan bola sepak kebangsaan Norway, kelab Vålerenga Fotball dan perlawanan akhir Piala Bola Sepak. Stadium ini pernah menjadi hos perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Wanit Eropah pada tahun 1987 dan 1997 serta Kejohanan Bola Sepak bawah-19 Eropah pada tahun 2002. Røa IL merupakan pasukan bola sepak Oslo dalam liga wanita, Toppserien.

Bislett Stadion menjadi trek utama bandar yang menjadi hos Bislett Games. Bjerke Travbane menjadi utama bagi sukan lumba abah-abah di negara Norway. Oslo Spektrum digunakan dalam acara hoki ais dan perlawanan bola baling. Bækkelagets SK dan Nordstrand IF bermain di liga bola baling wanita manakala Vålerenga Håndball bermain di liga lelaki. Kejohanan Dunia IIHF 1999 merupakan acara hoki ais yang diadakan di Oslo. Kejohanan Dunia UCI iaitu acara perlumbaan basikal pula pernah dianjurkan pada tahun 1993 oleh Oslo.

Oslo termasuk dalam pembidaan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 tetapi tersingkir pada 2 Oktober 2014.

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml