Sejarah Oslo

Christiania pada tahun 1814.Tentera Jerman memasuki Oslo, Mei 1940.

Oslo ditubuhkan sekitar tahun 1409 oleh Raja Harald Hardråde.[12] Penyelidikan arkeologi baru-baru ini bagaimanapun telah mendedahkan pengebumian Kristian yang boleh bertarikh sebelum 1000M, yang membuktikan penempatan sebelumnya. Pada tahun 2000, ia disambut sebagai hari satu alaf Oslo.

Ooslo menerima status ibu negara sejak pemerintahan Raja Haakon V (1299–1319), raja pertama Norway yang bermastautin tetap di bandar. Beliau juga memulakan pembinaan Istana Akershus. Satu abad kemudian, Norway bergabung dengan Denmark dan peranan Oslo dikurangkan sebagai pusat pentadbiran wilayah dan raja-raja tinggal di Copenhagen.

Oslo telah dimusnahkan beberapa kali oleh bencana api dan selepas malapetaka kali yang ke-14, iaitu pada 1624, Raja Christian IV memerintahkan untuk membina semula tapak baru untuk menyeberangi teluk berdekatan Istana Akershusand dan diberi nama Christiania. Lama sebelum ini, kota Christiania telah mula menubuhkan kedudukannya sebagai pusat dagangan dan kebudayaan di Norway. Sebahagian daripada kota ini dibina bermula pada tahun 1624 dan dipanggil sebagai Kvadraturen disebakan susunan atur ortogon. Wabak terakhir merebak di Oslo pada 1654.[13] Pada tahun 1814, Christiania menjadi ibu negara semula apabila kesatuan dengan Denmark dibubarkan.

Pada tahun 1850, keluasan kota Christiania menjangkau ke Bergen dan menjadi bandar paling ramai penduduk di negara. Pada tahun 1877, kota ini ditukar nama menjadi Kristiania. Nama Oslo diguna pakai sejak tahun 1925.

Pada serangan pengganas di Norway 2011, Oslo dilanda letupan melalui pejabat kerajaan. Bom itu juga merosakkan beberapa bangunan termasuk Pejabat Perdana Menteri. Lapan orang terbunuh dalam siri pengeboman itu.

Rujukan

WikiPedia: Oslo http://www.cosmotourist.com/travel/d/i/2424901/t/o... http://www.dnv.com/publications/annual_reports/ar_... http://www.eca-international.com/news/press_releas... http://www.ekebergparken.com/en/ http://www.fdiintelligence.com/Locations/Europe/Eu... http://www.globetales.com/7-of-the-best-tourist-at... http://www.mercerhr.com/pressrelease/details.jhtml... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.norway.com/directories/d_company.asp?id... http://www.oslosurf.com/innhold/00000038.shtml