Osman_Kering

Osman Kassim (1964–29 Jun 2012)[1] atau lebih dikenali sebagai Osman Kering merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia, berasal dari Bachok, Kelantan.Beliau mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas muncul naib juara pertandingan Bakat TV yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979. Nama ‘Osman Kering’ merupakan idea Mek Habsah dalam satu persembahan pada pertengahan tahun 1980-an.[2] Beliau juga pernah merakamkan sebuah album dikir barat bersama Mek Habsah dan Yahya Sulong, Asam Pedas pada 1991.[3]Osman berkahwin dengan Che Norhayati Che Omar pada 1983 dan dikurniakan tujuh anak serta empat cucu. Beliau meninggal dunia pada 29 Jun 2012 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit batuk kering pada usia 58 tahun.[4][5]