Osman_Sapian

YB Dato' Haji Osman Sapian[1] merupakan  ahli politik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.[2] Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Ibrahim Ismail di Istana Bukit Serene pada 12 Mei 2018. Tidak sampai setahun, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar berkuatkuasa 8 April 2019.[3]Beliau merupakan Menteri Besar yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah negeri JohorOsman adalah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013.