Othman_Saat
Othman_Saat

Othman_Saat

Tan Sri Othman Mohamed Saat (4 April 1927-27 Oktober 2007) ialah Menteri Besar Johor yang ketiga sejak kemerdekaan Malaya (kini Malaysia). Beliau menyandang jawatan ini selama tiga penggal, iaitu 16 tahun antara Februari 1967 hingga April 1982. Seorang peminat kereta mewah, himpunannya pada suatu ketika merangkumi 50 jenis kereta, termasuk Ferrari, Alfa Romeo, Daimler dan Jaguar. Bagaimanapun, beliau kini hanya mempunyai sebuah kereta Mercedes 400 dengan nombor plat kegemarannya, JDN 7.