Geografi Oxford

Latitud dan longitud Oxford ialah 51°45′07″N 1°15′28″W / 51.75194°N 1.25778°W / 51.75194; -1.25778Koordinat: 51°45′07″N 1°15′28″W / 51.75194°N 1.25778°W / 51.75194; -1.25778 atau rujukan grid SP513061 (di Menara Carfax yang biasanya dianggap sebagai pusat Oxford).

Iklim

Oxford memiliki iklim sederhana samudera (dikelaskan sebagai "Cfb" oleh pengelasan Köppen). Kerpasan diagihkan dengan sama rata pada sepanjang tahun, dibekalkan sebahagian besarnya oleh sistem cuaca yang datang dari Lautan Atlantik. Suhu terendah yang pernah dirakamkan di Oxford ialah -16.6 °C (2 °F) pada Januari 1982, manakala suhu tertinggi sebanyak 35.6 °C (96 °F) dirakamkan pada Ogos 2003 sewaktu mengalami gelombang haba Eropah 2003.

Terdapat sudut pemikiran bahawa akibat perubahan iklim, suhu di Oxford semakin meningkat, manakala hujan semakin berkurangan pada musim panas dan semakin meningkat pada musim sejuk.

Maklumat tentang keadaan purata yang ditunjukkan di bawah adalah daripada Stesen Metereologi Radcliffe. Ia menonjolkan siri rekod suhu dan hujan yang paling panjang untuk satu tapak di Britain. Rekod itu adalah selanjar dari Januari 1815. Cerapan hujan, awan dan suhu yang tidak tetap juga wujud sejak 1767.[4]

 Suhu dan kerpasan purata untuk Oxford, UK 
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Suhu tinggi purata °C (°F)6.8
(44)
7.4
(45)
10.1
(50)
13.0
(55)
16.7
(62)
19.8
(68)
21.7
(71)
21.2
(70)
18.5
(65)
14.2
(58)
9.8
(50)
7.4
(45)
13.9
(57)
Suhu rendah purata °C (°F)1.4
(35)
1.4
(35)
2.5
(37)
4.3
(40)
7.2
(45)
10.2
(50)
12.2
(54)
11.9
(53)
9.8
(50)
6.8
(44)
3.8
(39)
2.1
(36)
6.1
(43)
Kerpasan mm (inci)52.6
(2.1)
41.0
(1.6)
41.1
(1.6)
43.9
(1.7)
50.6
(2)
53.3
(2.1)
59.5
(2.3)
58.3
(2.3)
60.3
(2.4)
65.3
(2.6)
61.8
(2.4)
55.8
(2.2)
643.5
(25.3)
Sumber: Stesen Meteorologi Radcliffe (Nota: Data daripada tempoh 1881–2004) [5] 2008-03-17