Pengangkutan Oxford

Bas

Sebuah bas Stagecoach Oxfordshire di belakang sebuah bas letak kereta dan naik pengangkutan awam Oxford Bus Company di Oxford.

Perkhidmatan bas dibekalkan terutamanya oleh Oxford Bus Company dan Stagecoach Oxfordshire. Kedua-dua syarikat itu juga mengendalikan perkhidmatan tetap ke London. Oxford Bus Company juga mengendalikan perkhidmatan ke lapangan terbang Heathrow dan lapangan terbang Gatwick. Operator yang lain termasuk Thames Travel, Arriva Shires & Essex, dan banyak syarikat lain yang lebih kecil.

Terdapat sebuah stesen bas di Gloucester Green yang digunakan terutamanya untuk perkhidmatan London dan perkhidmatan lapangan terbang, serta juga perkhidmatan bas National Express. Oxford memiliki lima (5) tapak letak kereta dan naik pengangkutan awam yang melayani pusat bandar raya, iaitu:

  • Pear Tree (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 300)
  • Redbridge (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 300)
  • Seacourt (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 400)
  • Thornhill (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 400)
  • Water Eaton (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 500)

Perkhidmatan bas juga disediakan ke John Radcliffe Hospital (dari Thornhill/Water Eaton) serta juga ke Hospital Churchill dan Hospital Nuffield (dari Thornhill).

Kereta api

Stesen kereta api OxfordPerluasan M40

Stesen kereta api Oxford terletak setengah batu di sebelah barat pusat bandar raya. Stesen ini dilayani oleh banyak laluan, termasuk:

Stesen kereta api yang kini dibuka pada 1952. Oxford ialah persimpangan untuk satu landasan cabang yang pendek ke Bicester. Landasan cabang itu telah dipanjangkan untuk membentuk Penghubung Rel Timur-Barat ke Milton Keynes dan menawarkan laluan penumpang yang mengelakkan London.

Jalan raya

Jalan raya A

Bandar raya Oxford mempunyai jalan pekeliling yang terdiri daripada A34, A40, A4142, dan A423. Sebahagian besar jalan itu merupakan jalan kembar yang disiapkan pada 1966.

Jalan utama yang keluar dari Oxford termasuk:

Lebuh raya

Bandar raya Oxford dilayani oleh lebuh raya M40 yang menghubungkan London dengan Birmingham. M40 yang asal dibuka pada 1974 untuk menghubungkan London dengan Waterstock dan di situ, lebuh raya A40 menghubungkan Oxford. Bagaimanapun, apabila M40 dipanjangkan ke Birmingham pada 1991, satu batu daripada lebuh raya yang lama dijadikan cabang jalan, dengan bahagian yang baharu berselekoh tajam ke arah utara. Lebuh raya M40 kini mengelilingi Oxford dan mengekalkan jejari sekitar 10 batu (16 km) dari pusat bandar raya, akibat hutan jarang yang perlu dielakkan oleh lebuh raya. Lebuh raya M40 bertemu dengan lebuh raya A34 pada persimpangan kemudian, dengan A34 kini menjadi dua bahagian, iaitu permulaan semula lebuh raya A34 di Birmingham.

Penerbangan

Lapangan terbang yang terbesar di Oxford ialah Lapangan Terbang London Oxford (EGTK) di luar Kidlington. Ia terutamanya melayani kapal terbang jet perniagaan dan lalu lintas penerbangan umum. Lapangan terbang ini menampung: