Sukan Oxford

Oxford United kini tergolong dalam Conference National, tingkat teratas dalam bola sepak bukan liga, tetapi ia pernah menghayati kejayaan yang lebih unggul pada masa lampau. Pasukan itu dipilih ke dalam Liga Bola Sepak pada 1962, mencapai Divisyen Ketiga selepas tiga tahun dan Divisyen Kedua selepas enam tahun, dan khususnya, menyertai Divisyen Pertama pada 1985 - hanya 23 tahun selepas menyertai Liga Bola Sepak. Oxford United menghabiskan tiga musim dalam prestasi tinggi mengawan lalu memenangi Piala Liga Bola Sepak setahun selepas kenaikan pangkatnya. Sesungguhnya, 18 tahun yang menyusul memperlihatkan Oxford United beransur-ansur merosot (kecuali satu tempoh yang singkat pada 1996 yang melihatkan mereka naik pangkat ke Divisyen Pertama (pasca Liga Perdana) yang baharu lalu berkekalan selama tiga tahun) sehingga diturunkan pangkat kepada Conference National.

Oxford United bermain di Stadium Kassam (dinamai sempena bekas pengerusi, Firoz Kassam) yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Blackbird Leys. Tapak itu telah menjadi pusat Oxford United sejak pemindahannya dari Manor Ground pada 2001. Bekas pengurusnya yang terkenal termasuk Arthur Turner, Ian Greaves, Jim Smith, Maurice Evans, Mark Lawrenson, Brian Horton, Denis Smith, Mark Wright, Ian Atkins, dan Ramon Diaz. Bekas pemain yang terkenal termasuk pula Ron Atkinson, John Aldridge, Ray Houghton, Trevor Hebberd, Nigel Jemson, Kevin Francis, Bobby Ford, Joey Beauchamp, Tommy Mooney, dan Darren Purse.

Oxford City F.C. ialah kelab bola sepak amatur yang berasingan daripada Oxford United. Pasukan itu bermain dalam Divisyen Perdana Liga Bola Sepak Selatan.

Oxford Cheetahs, pasukan lumba motosikal, telah berlumba di Stadium Cowley sekali-sekala sejak 1939. Pasukan itu bersaing dalam Liga Elit Lumba Motosikal dan kemudiannya menyertai Liga Persidangan Lumba Motosikal sehingga 2007 apabila Greyhound Racing Association, pemilik stadium, bertambah sekali ganda sewanya. Sejak waktu itu, lumba motosikal kini tidak lagi diadakan di Oxford. Perincian tentang musim 1949 dan musim 1950 di Cowley boleh dilihat di Oxford laman sesawang Speedway.

Oxford City Stars ialah pasukan hoki ais tempatan yang bermain di Gelanggang Ais Oxford. Terdapat laman sesawang masing-masing untuk pasukan bahagian tinggi/dewasa dan pasukan bahagian rendah/kanak-kanak.