P._Kamalanathan
P._Kamalanathan

P._Kamalanathan

YB Dato' P. Kamalanathan, DPMK (Kedah), KMN, (lahir 18 Oktober 1965) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Kongres India Malaysia (MIC), parti komponen Barisan Nasional. Beliau tewas dengan bilangan undi 27,392 pada PRU-14. Beliau ditewaskan oleh June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor kini. June Leow menang dengan undi yang amat banyak iaitu 40783. Manakala beliau memenangi kerusi P94 Hulu Selangor dengan bilangan undi 37,403 pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013. Beliau menewaskan Khalid Jaafar (PKR), Radzali Mokhtar (Bebas) dan Santhara Kumar Ramanaidu (Bebas). Di peringkat akar umbi beliau adalah Ketua Penerangan MIC.