Kegunaan P

Dalam bahasa Melayu, Inggeris dan banyak lagi bahasa yang bertulisan rumi, huruf P berbunyi konsonan plosif bilabial tak bersuara.

Satu dwihuruf dalam bahasa Inggeris dan Perancis yang melibatkan huruf P ialah "ph" yang menandakan bunyi frikatif labiodental tak bersuara /f/, dan digunakan untuk mentransliterasikan huruf Fi (φ) dalam kata-kata pinjaman bahasa Yunani. Dalam bahasa Jerman, dwihuruf "pf" yang menandakan afrikat bibir /pf/ kerap dijumpai.

Penutur bahasa Arab tidak biasa menyebut bunyi /p/ kerana dalam bahasa mereka tiadanya bunyi konsonan ini; sebaliknya mereka cenderung menyebutnya seperti /b/ atau /v/.