PASKAL_(filem)

PASKAL (dipasarkan sebagai PASKAL The Movie) merupakan sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin. Filem ini berdasarkan dari kisah benar, ia mengisahkan tentang kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Khas Laut atau PASKAL dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.[2]Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Kuala Lumpur dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan kepada umum pada 27 September 2018.[3][4] PASKAL menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM30 juta sejak mula ditayangkan di pawagam seluruh negara,[5] menjadikannya sebagai salah satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia, mengikuti Hantu Kak Limah dan Munafik 2.[6][7] Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Paskal sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[8]

PASKAL_(filem)

Bahasa
  • Melayu
  • Inggeris
  • Mandarin
  • Portugis
Disunting oleh
  • Monster Than
  • Moray Toon
Pengarah Adrian Teh
Penerbit
  • Adrian Teh
  • Tung Yow Kong
  • Datuk Steven Lim
  • Iskandar Mizal Mahmood
  • Dato Khairul Anwar Salleh
Penulis Adrian Teh
Anwari Ashraf
Pecah panggung RM 28.98 juta[1]
Mula ditayangkan 27 September 2018
Syarikatpenerbitan
  • Asia Tropical Films
  • Golden Screen Cinemas
  • Multimedia Entertainment
  • Granatum Ventures
  • Astro Shaw
Sinematografi Yong Choon Lin
Tempoh tayangan 115 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh
Pengedar GSC Movies
Perbelanjaan RM 10 juta

Rujukan

WikiPedia: PASKAL_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/paskal-di... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sudah-rai... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://www.gempak.com/artikel/11958/watak-itu-kont... http://www.gempak.com/artikel/12236/kalau-suka-lag... http://www.gempak.com/artikel/12262/raih-rm10-2-ju... http://www.imdb.com/title/tt9063106/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/5814/r...