Penerbitan PASKAL_(filem)

PASKAL diarahkan oleh Adrian Teh dan diterbitkan oleh Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw. Ia merupakan inspirasi daripada kisah benar yang mengetengahkan kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam melaksanakan Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada tahun 1998 dan kejayaan PASKAL merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dalam kejadian di Teluk Aden pada 2011. Kos pembikinan filem ini menelan belanja kira-kira RM10 juta.[9]

Hairul Azreen memegang watak sebagai Arman Rahmat bin Anuar,[10] Hairul berkata beliau menggalas tanggungjawab yang cukup besar kerana secara tidak langsung dia membawa imej pasukan elit tersebut kepada umum.[11][12] Ammar Alfian diberikan peranan sebagai Mohd Zariff bin Zairudin, Ammar mengakui bukan mudah untuk menjayakan filem ini, namun beliau perlu mempunyai ketahanan dan kemampuan setanding dengan anggota Paskal sebenar.[13] Barisan pelakon lain terdiri daripada Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Jasmine Suraya Chin, Amerul Affendi dan Nam Ron.[14] Shukri Yahaya pernah dilaporkan akan memegang watak Arman, namun menolak kerana kepadatan jadual kerja.

Penggambaran dijalankan beberapa lokasi di dalam dan di luar negara antaranya di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Maghribi pada 10 Mac sehingga 30 Mei 2018. Semasa penggambaran dijalankan, Hairul dan penerbit, Adrian telah disoal siasat oleh pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menyiasat dakwaan hampir diculik.[15]

Rujukan

WikiPedia: PASKAL_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/paskal-di... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/sudah-rai... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-pask... http://www.gempak.com/artikel/11958/watak-itu-kont... http://www.gempak.com/artikel/12236/kalau-suka-lag... http://www.gempak.com/artikel/12262/raih-rm10-2-ju... http://www.imdb.com/title/tt9063106/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/58... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/5814/r...