PSV_Eindhoven
PSV_Eindhoven

PSV_Eindhoven


Philips Sport Vereniging (Bahasa Inggeris: Philips Sports Union), dikenali sama ada PSV atau PSV Eindhoven, merupakan kelab bola sepak dari Eindhoven, Belanda. Asas kelab PSV masa kini iaitu Philips Elftal ditubuhkan pada 1910 oleh sekumpulan perunding syarikat janakuasa untuk mengisi masa berkualiti untuk keluarga pekerja Philips dan menimbulkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk Eindhoven. Namun pada 1912, kelab tersebut dibubarkan akibat mogok yang dilakukan pekerja. Kemudian, sebuah kelab baru iaitu kelab PSV sekarang diwujudkan ketika sebuah karnival sukan selama dua hari yang sangat berjaya. Bahagian kelab bola sepak pula ditubuhkan pada 31 Ogos 1913. Kelab ini mempunyai kaitan yang sungguh rapat dengan syarikat Philips, syarikat yang menghasilkan mentol ketika itu sehingga kedua-dua entiti tersebut menjadi identiti kebanggaan bandar di mata dunia.[2]PSV ialah antara gergasi dalam liga Eredivisie bersama Feyenoord dan Ajax.[3]