Pacat_Pelangi
Pacat_Pelangi

Pacat_Pelangi

Pacat Pelangi (Pitta iris) adalah satu spesies burung passerine kecil dari keluarga pitta, Pittidae, endemik di utara Australia. Ia merupakan saudara terdekat dengan superb pitta dari Pulau Manus. Pacat Pelangi mempunyai kepala berwarna hitam baldu dan jalur perang berangan di atas matanya, hijau zaitun di bahagian atas, warna hitam di bahagian bawahnya, tompokan merah terang di perut dan ekor berwarna hijau zaitun. Ia tinggal dalam hutan monsoon dan di beberapa hutan eucalypt yang lebih kering.Sepertimana burung Pacat yang lain, Pacat Pelangi merupakan sejenis burung yang pemalu dan sukar untuk ditemui. Dietnya adalah seranggan, arthropod dan vertebrata kecil. Pasangan akan mempertahankan wilayahnya dan membiak semasa musim hujan, kerana pada waktu ini ia memberi banyak makanan untuk anak-anaknya. Burung betina akan bertelur sebanyak tiga hingga lima biji di dalam berkubah yang besar. Kedua-dua pasangan akan menjada sarang, mengeram dan memberi makan kepada anak-anaknya. Walaupun spesies ini mempunyai taburan populasi yang kecil tetapi ia mudah ditemui dan Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) menilai ia sebagai Kurang Membimbangkan.

Rujukan

WikiPedia: Pacat_Pelangi http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=113... http://www.xeno-canto.org/species/Pitta-iris https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Pitta_iris/ https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://ebird.org/species/raipit1 https://www.gbif.org/species/2489554 https://www.inaturalist.org/taxa/14421 https://apiv3.iucnredlist.org/api/v3/taxonredirect...