Padang_Jawa

Padang Jawa ialah sebuah bandar kecil di Selangor, Malaysia yang berdekatan dengan Bandar Baru Klang. Kampung Padang Jawa (Petaling) merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak diantara 2 buah bandar iaitu Bandar Klang dan Bandaraya Shah Alam. Jaraknya dari bandar Klang lebih Kurang 8 Km dan dari Shah Alam lebih kurang 5 Km. Kampung ini sangat unik kerana berada di bawah pentadbiran dua daerah iaitu satu bahagian di bawah Daerah Klang dan sebahagian lagi di dalam Seksyen 16, Shah Alam dibawah pentadbiran Daerah Petaling. Garis sempadan di antara kedua-dua daerah ini terletak di tengah-tengah kampung ini.[1] Pada 1997, kedua-duanya (bahagian daerah Petaling dan Klang) telah diletakkan dibawah seliaan MBSA.Kampung ini juga agak istimewa kerana mempunyai tiga jalan masuk ke kampung ini iaitu dari Klang, Shah Alam dan Lebuh raya Persekutuan (Federal Highway).