Padmaavat

Padmaavat merupakan sebuah filem epik dan sejarah India tahun 2018 yang diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali. Sedikit sebanyak berdasarkan sajak epik Padmavat oleh Malik Muhammad Jayasi, ia dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai Rani Padmavati, seorang permaisuri Rajput yang cantik dan juga merupakan isteri kepada Maharawal Ratan Singh, lakonan Shahid Kapoor. Watak Sultan Alauddin Khilji, pula dipegang oleh Ranveer Singh, selain turut menampilkan pelakon seperti Aditi Rao Hydari, Jim Sarbh, Raza Murad, dan Anupriya Goenka sebagai watak pembantu.[1][5]Dengan bajet produksi sebanyak ₹2.15 bilion (AS$32 juta), Padmaavat merupakan salah satu filem termahal India.[6][7][8] Pada awalnya, ia dicadang untuk ditayangkan pada 1 Disember 2017, namun Padmavat berhadapan dengan pelbagai kontroversi sehingga memaksa penayangannya ditangguhkan. Pada bulan Disember, Lembaga Pusat Pensijilan Filem India telah meluluskan filem ini dengan beberapa perubahan termasuklah memasukkan beberapa penafian dan perubahan judul.[9][10] Padmaavat telah dijadualkan semula untuk tayangan pada 25 Januari 2018 dalam format 2D, 3D dan IMAX 3D, menjadikan ia filem India pertama dalam format IMAX 3D.[11]Padmaavat menerima kritikan bercampur. Pujian diberikan keatas visual, sinematografi dan lakonan Ranveer Singh sebagai Khilji, namun dikritik mengenai beberapa perkara termasuk aspek dalam adat istiadat patriarki regresif.[12] Pengkritik juga tidak menyukai watak Khilji yang sering digambarkan sebagai raja Islam yang kejam dan Ratan Singh sebagai raja Hindu yang adil.[13][14][15][16][17][18][19] Walaupun tidak ditayangkan di beberapa buah negeri dalam India, ia mencatat keuntungan melebihi ₹5.85 bilion (AS$87 juta) menjadikannya salah satu filem India dengan pendpatan tertinggi sepanjang masa.[20][21]

Padmaavat

Bahasa Hindi
Cerita oleh Malik Muhammad Jayasi
Berdasarkan Padmavat oleh
Malik Muhammad Jayasi[1]
Muzik oleh
Disunting oleh
  • Jayant Jadhar
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Akiv Ali
Pengarah Sanjay Leela Bhansali
Penerbit
Penulis
  • Sanjay Leela Bhansali
  • Prakash Kapadia
Pecah panggung ₹585 crore[4]
(AS$89.8 million)
Mula ditayangkan 25 Januari 2018 (2018-01-25)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Sudeep Chatterjee
Tempoh tayangan 163 minit[2]
Negara India
Dibintangi oleh
Pengedar
Perbelanjaan ₹215 crore[3]
(AS$33 million)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Padmaavat http://www.bbc.com/news/world-asia-42523876 http://www.bollywoodhungama.com/movie/padmaavat/ http://www.bollywoodhungama.com/news/box-office-sp... http://www.boxofficeindia.com/movie.php?movieid=37... http://www.boxofficeindia.com/report-details.php?a... http://www.boxofficeindia.com/report-details.php?a... http://www.deccanchronicle.com/entertainment/movie... http://www.firstpost.com/entertainment/padmaavat-p... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://gulfnews.com/opinion/thinkers/why-padmaavat...