Demografi Pakistan

Rencana utama: Demografi Pakistan

Negara ini ialah negara dengan jumlah penduduk keenam terbesar dunia. Mengikut bancian 2017, jumlah penduduk Pakistan ialah 201.8 juta orang, merangkumi 2.6% penduduk dunia. Pada 2030, Pakistan dijangka mengambil alih kedudukan Indonesia sebagai negara majoriti penduduk Islam terbesar dunia daripada segi jumlah penduduk.

Pakistan dikelaskan sebagai negara muda dengan umur median penduduk Pakistan ialah 23.4 tahun pada 2016. Kira-kira 35% penduduk Pakistan berumur kurang daripada 15 tahun.

Kumpulan etnik

Kebanyakan penduduk Pakistan terdiri daripada empat buah kumpulan etnik utama, iaitu orang Punjabi, Pashtun, Sindhi dan Balochi.[19]

Kiraan kasar pada 2009 menunjukkan Pakistan dihuni oleh 78.7 juta orang Punjabi, 29.3 juta orang Pashtun, 24.8 juta orang Sindhi, 14.1 juta orang Saraiki, 13.3 juta orang golongan Muhajir (penduduk Muslim dari India) dan 6.3 juta orang Balochi.[19][20]

Bahasa

Rencana utama: Bahasa di Pakistan

Penduduk Pakistan menutur dalam lebih daripada 60 buah bahasa. Bahasa Urdu, bahasa lingua franca dan simbol perlambangan Islam dan penyatuan kebangsaan ialah bahasa kebangsaan yang difahami oleh kira-kira 75% penduduk Pakistan. Namun begitu, bahasa ini hanya menjadi bahasa pertama bagi 8% penduduk Pakistan.[21][22] Bahasa yang paling banyak digunakan di Pakistan ialah bahasa Punjabi yang digunakan oleh 44.2% penduduk Pakistan.[23]

Bahasa Urdu dan bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi bagi Pakistan; bahasa Inggeris digunakan dalam urusan kerajaan, perniagaan dan kontrak rasmi.[24] Bahasa Arab juga diiktiraf dalam perlembagaan Pakistan.[25]

Agama

Rencana utama: Agama di Pakistan

Agama rasmi Pakistan ialah Islam Ahli Sunah Waljamaah. Kebebasan beragama adalah dijamin dalam Perlembagaan Pakistan, menjamin hak untuk mengisytiharkan, mengamalkan dan menyampaikan agama mereka berdasarkan perundangan, ketenteraman awam dan akhlak.[26]

Agama Islam ialah agama utama di Pakistan;[27] kira-kira 96% penduduk Pakistan adalah beragama Islam dan Pakistan ialah negara dengan penduduk Islam kedua terbanyak di dunia selepas Indonesia.[28]

Rujukan

WikiPedia: Pakistan http://www.dawn.com/news/735610/figuring-qasim-how... http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceani... http://www.brookings.edu/~/media/Files/Programs/FP... http://www.columbia.edu/itc/mealac/pritchett/00isl... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.idea.int/resources/analysis/upload/Abba... http://www.asinah.net/travel-guides/pakistan.html http://www.adb.org/sites/default/files/pub/2011/Ec... //doi.org/10.2307%2F20029452