Geografi Pakistan

Rencana utama: Geografi Pakistan

Geografi dan iklim Pakistan adalah pelbagai dan negara ini ialah rumah kepada pelbagai jenis kehidupan liar.[6] Keluasan Pakistan ialah 881,913 km2, menjadikannya sebagai negara ke-33 terbesar dunia daripada segi keluasan, meskipun angka ini boleh berubah apabila kawasan Kashmir yang dipertikai juga diambil kira.

Pakistan memiliki pesisir dengan Laut Arab dan Teluk Oman di selatan.[7] Pakistan bersempadan dengan Afghanistan (2,430 km), China (523 km), India (2912 km) dan Iran (909 km). Selain itu, Pakistan memiliki sempadan marin dengan Oman dan terpisah daripada Tajikistan oleh Koridor Wakhan.[8]

Pakistan terbahagi kepada tiga kawasan utama secara geografi, iaitu kawasan tanah tinggi di utara, lembah Sungai Indus dan Penara Balochistan.[9] Kawasan tanah tinggi terdiri daripada Karakoram, Hindu Kush dan Pergunungan Pamir. Gunung tertinggi Pakistan ialah K2 dengan ketinggian 8,611 meter. Sungai Indus mengalir di sepanjang negara dari kawasan Kashmir ke Laut Arab. Penara Balochistan terletak di barat Pakistan manakala Gurun Thar pula terletak di kawasan timur.

Iklim Pakistan adalah pelbagai; terdapat iklim tropika dan iklim sederhana dengan iklim kering di kawasan selatan. Pakistan memiliki musim monsun dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir yang kerap dan musim kering dengan kekerapan hujan yang sedikit atau sifar. Kadar penurunan hujan pelbagai sepanjang tahun dengan corak banjir dan kemarau yang berselang-seli adalah biasa.[10]

Rujukan

WikiPedia: Pakistan http://www.dawn.com/news/735610/figuring-qasim-how... http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceani... http://www.brookings.edu/~/media/Files/Programs/FP... http://www.columbia.edu/itc/mealac/pritchett/00isl... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.idea.int/resources/analysis/upload/Abba... http://www.asinah.net/travel-guides/pakistan.html http://www.adb.org/sites/default/files/pub/2011/Ec... //doi.org/10.2307%2F20029452