Palam_pencucuh

Palam pencucuh merupakan perlatan elektrik yang dipasang pada kepala silinder enjin petrol, berfungsi membakar campuran udara-bahan api melalui bunga api elektrik. Palam pencucuh ditebat di sekeliling elektrod tengah serta disambung ke sistem penyalaan enjin melalui wayar voltan tinggi berpenebat tebal. Palam pencucuh terawal dipatenkan oleh Nikola Tesla (di dalam U.S. Patent 609,250  bagi sistem pemasaan penyalaan, 1898), Richard Simms (GB 24859/1898, 1898) dan Robert Bosch (GB 26907/1898). Karl Benz juga diberi penghargaan dalam penciptaan palam pencucuh. Namun demikian, hanya setelah penciptaan palam pencucuh voltan tinggi pertama yang boleh diharap bagi mempentuk sistem penyalaan magneto oleh jurutera Robert Bosch, Gottlob Honold pada tahun 1902 yang membolehkan palam pencucuh mula digunakan di dalam enjin kenderaan.Kegunaan palam pencucuh berbeza dengan enjin diesel yang menggunakan peningkatan suhu udara mampat untuk membakar minyak diesel dan menggunakan palam bara untuk membolehkannya dihidupkan semasa enjin sejuk.