Paleosen

Templat:PaleogenPaleosen (simbol Pε)[1] merupakan epok geologi yang berada dari sekitar Templat:Ma/2 juta tahun dahulu (7001655000000000000♠65.5±0.3 hingga 7015176091408000000♠55.8±0.2 Ma). Ia merupakan epok pertama dalam kala Paleogen dalam zaman Senozoik. Seperti dengan kebanyakan kala geologi yang lebih lama, stratum-stratum yang mentakrifkan permulaan dan penghujung epok ini telah dikenal pasti dengan betul tetapi tarikh tamat yang sebenarnya masih belum diketahui.Epok Paleosen segera menyusul peristiwa kepupusan besar-besaran di hujung Usia Kapur, iaitu sempadan Usia Kapur–Paleogen yang menandakan pupusnya dinosaur bukan keunggasan, reptilia laut gergasi serta kebanyakan fauna dan flora yang lain. Kepupusan dinosaur meninggalkan kosong ceruk-ceruk ekologi di seluruh dunia, dan nama "Paleosen" datang dari bahasa Yunani dan memaksudkan fauna "lama" (παλαιός, palaios) – "baru" (καινός, kainos) yang timbul sewaktu epok ini sebelum order-order mamalia moden muncul dalam Eosen.