Panchayat

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri:
Politik dan Kerajaan IndiaKehakiman
Supreme Court of India
Chief Justice of India
High Courts
District CourtsPakatan utama
Barisan Kiri
Pakatan Demokrasi Kebangsaan (National Democratic Alliance, NDA)
Perikatan Progresif Bersatu (United Progressive Alliance, UPA)]]Panchayat raj adalah sistem politik di Asia Selatan terutama di India , Pakistan , dan Nepal . "Panchayat" secara harfiah bermaksud lima prinsip dan dipatuhi oleh masyarakat desa, Majlis ini akan menyelesaikan perselisihan antara individu dan kampung. Kerajaan India moden telah desentralisasi fungsi pentadbiran ke tahap kampung . Pemimpin dipilih melalui panchayat gram. Ia berbeza dengan panchayat khap (kasta panchayat).Sistem panchayat adalah sistem asas dalam pentadbiran. Ia terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat kampung, blok dan daerah. Panchayat raj diperkenalkan semasa zaman British menjajah negara India, Raj bermaksud kerajaan atau pemerintah. Mahatma Gandhi menganjurkan panchayat raj di mana setiap desa bertanggungjawab untuk urusan sendiri, sebagai landasan sistem politik India. Matlamatnya ialah kerajaan desa sendiri.Sistem ini diperluaskan ke Andhra Pradesh , Maharashtra , Himachal Pradesh , Maharashtra , Madhya Pradesh , Orissa dan Rajasthan mulai 24 Disember 1996. Kemudian diperluaskan ke semua negeri kecuali di Nagaland , Meghalaya dan Mizoram. Delhi tidak melaksanakan panchayat.