Pandemik_COVID-19_(2019-20)
Pandemik_COVID-19_(2019-20)

Pandemik_COVID-19_(2019-20)

Pandemik COVID-19 2019-20 ialah penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global yang diisytihar sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa.[4] Ia berpunca daripada SARS-CoV-2 yang pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan di tengah China, dengan kelompok orang tempatan yang muncul dengan penderitaan radang paru-paru tanpa sebab yang jelas,[5] yang dikaitkan terutamanya kepada pekerja yang bekerja di Pasar Borong Makanan Laut Huanan, yang juga menjual haiwan-haiwan hidup. Para saintis China kemudiannya mengasingkan keluarga koronavirus baru ini. Memberikan pertunjuk awal yang nCov-2019 memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus keserupaan dalam susunan genom kepada SARS-CoV. Dengan perkembangan ujian PCR diagnostik tertentu untuk mengesan jangkitan, beberapa kes telah disahkan pada orang yang secara langsung dikaitkan dengan pasar Huanan dan mereka yang tidak berkaitan secara langsung dengannya. Sama ada virus ini mempunyai kemudaratan atau kerosakkan yang sama seperti SARS masih lagi tidak jelas.[6][7][8][9] Tempoh inkubasi (masa dari pendedahan kepada gejala-gejala yang timbul) adalah antara 2 hingga 14 hari dan ia masih menular pada waktu ini.[10][11] Gejala termasuk demam, batuk dan kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.[12]Sehingga 23 Februari 2020, 78,773 kes telah disahkan, termasuk di semua wilayah China dan lebih daripada dua belas negara lain.[13] Daripada jumlah ini, 11,553 adalah kes serius.[14] Terdapat 2,462 kematian yang disebabkan oleh penyakit ini, termasuk 20 di luar tanah besar China, melampaui wabak SARS tahun 2003.[15] Penularan tempatan pertama di luar China berlaku di Vietnam yang terjadi dikalangan ahli keluarga,[16] manakala penularan antarabangsa pertama yang tidak melibatkan keluarga berlaku di Jerman pada 22 Januari.[17] Kematian pertama di luar China berlaku di Filipina, di mana seorang lelaki dari Wuhan meninggal dunia pada 1 Februari. Kes terbanyak bagi sebuah negara selain China pula terjadi di Korea Selatan dengan 602 kes setakat 23 Februari 2020.[18]Pada 20 Januari 2020, Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa usaha tegas dan berkesan untuk mencegah dan mengawal wabak pneumonia yang disebabkan oleh koronavirus baru.[19] Pada 24 Januari 2020, 26 kematian telah berlaku,[20] Semua di China, dan terdapat bukti penularan dari manusia ke manusia.[21] Ujian meluas telah mendedahkan lebih seribu kes yang disahkan, yang sebahagiannya adalah pekerja penjagaan kesihatan.[21][22]Pada 23 Januari 2020, WHO memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat wabak kesihatan awam mengenai kebimbangan antarabangsa.[23][24] WHO sebelum ini memberi amaran bahawa wabak boleh tersebar dengan meluas[25] dan terdapat kebimbangan mengenai penularan lebih lanjut semasa waktu puncak di China ketika Tahun Baru Cina.[8][26] Banyak pesta sambutan Tahun Baru Cina telah ditutup atau dibatalkan kerana kegusaran penularan wabak berkenaan, kawasan-kawasan tumpuan pelancong seperti Kota Larangan di Beijing, pameran kuil tradisional, dan pesta perayaan lain.[27] Peningkatan mendadak kejadian penyakit ini menimbulkan persoalan yang berkaitan dengan asal usulnya, perdagangan hidupan liar, ketidakpastian yang mengelilingi keupayaan virus untuk menyebarkan dan menyebabkan bahaya,[28] sama ada virus itu telah beredar lebih lama daripada yang difikirkan sebelumnya, dan kemungkinan wabak yang menjadi penyebar meluas di serata dunia. Penularan wabak ini juga menyababkan bandar Wuhan ditutup dan dikuarantinkan, serta bandar-bandar berdekatan seperti Huanggang, Ezhou, Chibi, Jingzhou, dan Zhijiang diletakkan di bawah kuarantin dari 24 Januari.[29] Sejak itu, pengangkutan di sekurang-kurangnya 12 bandar raya lain di wilayah Hubei juga telah dihentikan dengan cara yang sama.[30]Pada 30 Januari, wabak ini diisytiharkan sebagai Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelaskan bahawa keputusannya adalah berdasarkan kemungkinan kesan dari patogen jika ia tersebar ke negara-negara dengan infrastruktur penjagaan kesihatan yang lebih lemah. Ini kali keenam langkah itu telah diambil sejak pandemik H1N1 pada 2009.[31][32][33][34] Xenofobia dan perkauman terhadap orang-orang keturunan Cina dan Asia Timur telah timbul akibat daripada wabak, dengan rasa takut dan permusuhan berlaku di beberapa negara.[35][36][37][38] Maklumat salah juga tersebar terutamanya dalam talian mengenai koronavirus telah membawa WHO untuk mengisytiharkan "infodemik" pada 2 Februari.[39]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_COVID-19_(2019-20) http://www.moh.am/#1/2671 http://www.bccdc.ca/about/news-stories/stories/202... http://govt.chinadaily.com.cn/index/specials/expat... http://en.nhc.gov.cn/antivirusfight.html http://www.nhc.gov.cn/xcs/yqtb/list_gzbd.shtml http://wjw.wuhan.gov.cn/front/web/showDetail/20200... http://www.china.org.cn/world/Off_the_Wire/2020-03... http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-pe... http://www.astroawani.com/berita-dunia/hasil-ujian... http://www.astroawani.com/berita-dunia/koronavirus...