Implikasi Pandemik_COVID-19_di_Malaysia

Ekonomi, perdagangan dan pelancongan

Saya fikir ia sangat terkawal sekarang dan ... tidak ada punca untuk panik sama sekali, tetapi kami tidak boleh berpuas hati dengan ini dan kami akan terus berjaga-jaga.

—Menteri Kesihatan Malaysia Dzulkefly Ahmad semasa perbualan dengan CNBC mengenai situasi pandemik di Malaysia, 19 Februari 2020.[126]

Saham di Bursa Malaysia jatuh ketika pandemik sehingga para pelabur bergegas pergi akibat takut akan kesan ekonomi yang disebabkan oleh virus itu,[127] bersama dengan pasaran saham baru muncul dijangka kekal sehingga Jun 2020.[128] Dengan China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia, ekonomi negara secara langsung memberi kesan. Pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa pandemik virus yang berpanjangan boleh menggugat keluaran dalam negara kasar.[129] Malaysia yang sebahagian besarnya bergantung kepada pelancongan dan menjadi antara destinasi utama bagi pelancong China mengalami kemerosotan kemasukan pelancong dari Tanah Besar China disebabkan oleh pandemik.[130] Negeri-negeri di Malaysia sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan menjadi tempat utama untuk pelancong China seperti Johor,[131] Melaka,[132] Pulau Pinang,[133] dan Sabah.[134] Semua negeri tersebut adalah antara yang paling teruk terjejas dengan tempahan hotel dan gerai makanan. Disebabkan ini, mereka mengalami kerugian besar dalam perniagaan.[135][136] Perkara ini kemudian memaksa negeri-negeri di Malaysia untuk memindahkan tumpuan mereka terhadap pasaran Asia Tenggara kerana penurunan pelancong Tanah Besar China.[137][138] Tanpa menghiraukan kerugian besar yang dihadapi oleh perniagaan pelancongan, beberapa rakyat Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penyebaran virus itu dan mendesak larangan pelancong dari China ke negara itu dengan 149,000 orang menyokong petisyen.[139][140] Pelaburan Standard Aberdeen Malaysia juga meramalkan mata wang negara, Ringgit Malaysia (RM) akan menjadi lemah lagi sepanjang pandemik di tempatan dan di seluruh dunia. Perkara ini semakin diburukkan lagi dengan adegan tidak stabil politik tempatan di negara ini.[141]

Kebudayaan dan keagamaan

Pandemik ini membawa kepada penghentian, penangguhan dan penilaian semula terhadap acara-acara kebudayaan dan keagamaan. Pada 12 Mac, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengarahkan agar golongan Muslim untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika Solat Jumaat, meskipun ada dalam golongan mufti negara yang menyeru agar solat tersebut dibatalkan.[142]

Pihak gereja Katolik Rom di Semenanjung Malaysia mengumumkan bahawa semua aktiviti gereja seperta misa dibatalkan hingga 29 Mac.[143] Gerega-gereja Katolik Rom di Sarawak pula ditutup hingga 3 April, dan semua aktiviti gereja dibatalkan hingga 1 April.[144]

Pada 13 Mac, pihak Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah membuat keputusan untuk membatalkan perayaan tahunan Sabah, Pesta Kaamatan yang sepatutunya dianjurkan pada 31 Mei.[145]

Pembelian panik

Dengan peningkatan kes dan kesedaran orang ramai tentang ancaman yang disebabkan oleh virus, topeng pembedahan dan pembersih tangan dijual cepat dalam tempoh yang singkat. Bandar-bandar di Malaysia seperti Johor Bahru dan Kota Kinabalu telah melaporkan kekurangan topeng pembedahan,[146] sementara sebuah syarikat pembersihan di Shah Alam mendesak permintaan pembersih tangan sepanjang pandemik.[147] Terdapat laporan mengatakan bahawa ada sesetengah farmasi dan peniaga menjual topeng muka dengan harga lebih tinggi dari harga yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Hal ini akan menyebabkan mereka didenda sehingga RM10,000 lebih.[148][149] Walaupun kekurangan topeng pembedahan di Malaysia,[150] kerajaan persekutuan memberi jaminan sebanyak 10 juta topeng untuk diedarkan ke seluruh pasaran Malaysia dalam masa terdekat.[151]

Pendidikan

Pandemik ini menyebabkan beberapa institut pengajian tinggi (IPT) negara untuk beralih kepada sistem pembelajaran maya serta membatalkan program-program luar kampus.[152] Di Sarawak, semua sekolah diarahkan ditutup hingga 29 Mac, dan semua IPT di negeri itu ditutup selama dua minggu.[153]

Sukan

Dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akan memainkan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, pasukan Malaysia merancang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan menentang Bahrain sebagai pemanas badan sebelum menghadapi UAE dan Vietnam. Ia kemudian diumumkan bahawa perlawanan itu dibatalkan kerana pandemik koronavirus yang semakin teruk di Malaysia dan kemudian di Bahrain.[154]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_COVID-19_di_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/halang-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-pert... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesta-ka... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ucapan-p... http://www.bernama.com/en/news.php?id=1809869