Pandemik_selesema_1918
Pandemik_selesema_1918

Pandemik_selesema_1918

Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia. Pandemik merupakan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1. Kebanyakan yang mati akibat selsema ini adalah para belia, berbeza dengan kebanyakan wabak selsema lain, yang meragut nyawa kanak-kanak, orang tua dan pesakit-pesakit lain yang daya tahannya kurang.Selsema Sepanyol terjadi dari Mac 1918 hingga Jun 1920,[1] dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.[2][3][4][5][6]