Pangkat_dua_bintang
Pangkat_dua_bintang

Pangkat_dua_bintang

Pegawai pangkat dua bintang ialah panglima kanan dalam kebanyakan angkatan bersenjata yang memegang pangkat seperti diterangkan oleh kod OF-7 NATO. Istilah ini juga digunakan oleh sesetengah angkatan tentera yang bukan ahli NATO. Lazimnya, pegawai dua bintang memegang pangkat Laksamana Muda, Mejar Jeneral, atau dalam kes tentera udara dengan struktur pangkat yang berasingan, iaitu Marsyal Madya Udara.