Panglima_Gagah_Berani

Panglima Gagah Berani (P.G.B.) merupakan pangkat yang kedua antara lima pangkat dalam darjah-darjah Gagah Perkasa. Darjah-darjah Gagah Perkasa merupakan darjah kelapan antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Leftenan Abdul Rahman Khamis merupakan penerima pingat 'Panglima Gagah Berani' yang pertama kerana kejayaan beliau membunuh dan menangkap sepasang pengganas komunis di Ulu Tiran Bulok, Kuala Selangor, Selangor.[1]P.G.B. dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh. Pada 2009, kerajaan meluluskan kenaikan elaun kenangan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) daripada RM300 kepada RM1,500 sebulan. [2]