Panji-panji,_alat_bendera_dan_guidon
Panji-panji,_alat_bendera_dan_guidon

Panji-panji,_alat_bendera_dan_guidon

Dalam organisasi ketenteraan, amalan membawa panji-panji, alat bendera atau guidon (sejenis gegantung/sepanduk) yang berwarna-warni ini, semuanya bertindak sebagai tempat berkumpul bagi pasukan tentera dan menandakan lokasi komander, dianggap berasal dari Mesir Purba sekitar 5,000 tahun yang lalu. Empayar Rom juga membuat bendera perang sebagai sebahagian daripada ketumbukan tentera mereka yang besar. Ia telah diformalkan dalam angkatan tentera Eropah di Puncak Zaman Pertengahan, dengan bendera dipaparkan bersama lambang kebesaran komander.PANJI-PANJI yang dipanggil sebagai ‘colours’ dalam bahasa Inggeris mula digunakan sebagai panggilan kepada warna cerah yang terdapat pada lambang pasukan infantri, namun apa pentingnya membawa peralatan itu ke medan perang?Mungkin masyarakat awam melihatnya sebagai satu simbol pasukan ketenteraan sahaja, namun bagi mereka yang berada di barisan hadapan keselamatan negara terutama askar, panji-panji membawa makna tersendiri.Perkataan panji-panji membawa maksud lambang yang dibawa oleh unit-unit tentera, khususnya unit infantri. Bagaimanapun selepas itu, panji-panji diguna pakai kepada lambang-lambang dan lencana-lencana tentera berkuda dan unit-unit berkenderaan.Fungsinya pula adalah untuk digunakan sebagai satu cara pengenalan dan tanda tempat berkumpul atau markas pasukan semasa peperangan.Dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam peperangan, panji-panji telah dianggap sebagai satu simbol semangat dan tradisi pasukan yang membawanya. Bagi sesebuah pasukan tentera, panji-panji merupakan simbol yang menjadi kemuliaan kepada setiap warga pasukan dan mesti dipertahankan daripada jatuh ke tangan musuh.Panji-panji amat disanjung tinggi dan diberi penghormatan yang mulia oleh setiap anggota tentera dan sebab itulah apabila dalam barisan, ia akan dibawa oleh Pegawai Muda diiringi pula oleh dua orang Sarjan Pengiring.Semasa panji-panji dalam barisan melintas lalu di hadapan, adalah menjadi adat resam yang menuntut supaya hadirin berdiri manakala yang berpakaian seragam hendaklah memberi tabik hormat.Secara tradisinya, hanya pasukan yang mempunyai rekod kecemerlangan dalam perkhidmatan akan dianugerahkan panji-panji. Sebagai tanda penghormatan kepada sesebuah pasukan, nama peperangan yang melibatkan pasukan berkenaan akan ditandakan atau disulam terhadap panji-panji tersebut.Tanda-tanda itu dikenali sebagai Penghormatan perang atau ‘Battle Honours’ dalam bahasa Inggeris.