Pantai_Batu_Buruk

Pantai Batu Buruk (atau Batu Burok) merupakan pantai yang boleh dijalankan aktiviti mandi-manda yang terletak di Terengganu. Pantai Batu Buruk merupakan pantai terdekat dari pusat bandar, sekitar 1.5 kilometer. Ini menjadikannya sebagai tumpuan bagi rehlah bagi ramai penduduk tempatan selain pelancong. Pantainya terdiri dari pasir panti yang putih dan diteduhi oleh barisan pokok kelapa dan pokok Ru (Casuarinas), dan angin yang kuat yang bertiup dari lautan China Selatan, menjadikan ia sebagai tumpuan ramai untuk duduk bersantai untuk berehat selepas penat bekerja atau berkelah bersama keluarga. bagi mereka yang berminat untuk berlari atau berjalan bersiar-siar sepanjang pantai, ia merupakan tempat yang sesuai dengan angin kuat yang menyejukkan tubuh. Mereka yang berminat untuk bermain layang-layang boleh berbuat sedemikian kerana tiupan angin laut yang kuat.Sungguhpun Pantai Batu Buruk merupakan tempat popular bagi menjalani aktiviti berkelah dan mandi manda, pengunjung perlu berhati-hati kerana ombaknya yang kuat boleh membahayakan mereka yang tidak biasa. Di sekitar pantai Batu Buruk ini juga terdapat banyak tempat makan dari restoran makanan segera, sehingga makanan hasil laut Terengganu. Pengunjung boleh menjamu selera dengan ikan celup tepung, keropok, aiskrim goreng, sate ikan dan bermacam hasil laut lagi. Terdapat juga kereta kuda yang dihias cantik bagi mereka yang ingin bersiar santai di situ.Pantai Batu Buruk menawarkan pemandangan jauh ke kaki langit dan pada hari yang baik, pengunjung dapat melihat Pulau Redang dan Pulau Kapas, selain perahu nelayan. Terdapat juga pasar malam pada setiap hari Jumaat antara pukul 3.00 petang sehingga 7.00 malam. Terdapat juga Pusat Budaya yang membuat pertunjukkan kebudayaan seperti pencak silat, gasing, layang-layang, sepak raga dan permaina tradisi yang laian dari pukul 5.00 petang sehingga 7.00 malam setiap Jumaat dari 1 April sehingga 31 Oktober. Sila rujuk pejabat pelancong bagi pengesahan persembahan.[1]Pantai Batu Buruk juga merupakan tempat Gendang Gangsa atau Gendang Dong Son ditemui.[2] Penemuan ini amat bersejarah kerana ia membuktikan pantai Batu Buruk telah didiami sejak zaman Mesolitik.[3]