Paola_Rey
Paola_Rey

Paola_Rey

Paola Andrea Rey atau lebih dikenali sebagai Paola Rey dilahirkan pada 19 Disember 1979 di Bogota, Colombia. Pelakon ini mula dikenali sebagai Jimena Elizondo Acevedo dalam siri telenovela "Pasión de Gavilanes" dan Juliana Soler/Maritza Ferrer dalam "La Mujer En El Espejo". Di Malaysia, drama La Mujer En El Espejo telah menaikkan namanya yang mana beliau bergandingan bersama pelakon, Juan Alfonso Baptista. Beliau merupakan lepasan Universidad de Sabana.Pada tahun 1996, beliau telah memulakan langkah pertama dalam bidang lakonan menerusi telenovela "Fuego Verde" dan ini telah membuatkan beliau berhenti belajar dan menjadikan lakonan sebagai dunianya.