Papan_hitam

Papan hitam ialah sejenis permukaan untuk menulis dan melukis menggunakan kapur (sejenis bahan yang diperbuat daripada kalsium sulfat) dan boleh digunakan berulang-ulang kali. Pada zaman dahulu, papan hitam pada asalnya hanyalah diperbuat daripada batu loh atau papan batu yang licin dan nipis berwarna hitam atau kelabu gelap. Fesyen yang terbaru pula biasanya berwarna hijau atau coklat dan oleh sebab itu, ia kadang-kadang dipanggil juga papan hijau.Papan hitam biasanya digunakan dalam proses pengajaran di kebanyakan institusi pendidikan, walaupun dalam kebanyakan negara kaya, penggunaannya telah dihapuskan. Tulisan kapur pada papan hitam amat mudah dipadam dengan menggunakan kain, span atau pemadam papan hitam khas. Walau bagaimanapun, tulisan kapur yang ditulis di atas papan hitam yang basah agak sukar untuk dipadamkan. Oleh sebab itu, pengeluar papan hitam selalunya menasihatkan supaya papan hitam yang baru dibeli disapu dengan sisi sebatang kapur tulis sepenuhnya dan dipadamkan semula agar dapat digunakan seperti biasa.Namun, papan hitam mempunyai sedikit kelemahan; ia menghasilkan habuk kapur dan jumlahnya bergantung kepada kualiti kapur tulis yang digunakan. Sesetengah orang tidak gemar akan situasi ini dan ada juga yang alah kepadanya. Pada masa yang sama, terdapat juga pertikaian tentang habuk kapur ini dengan masalah pernafasan. Habuk ini juga boleh menimbulkan masalah kepada bahan yang sensitif habuk seperti komputer.Cakaran kuku pada papan hitam termasuk cakaran menggunakan objek keras seperti logam diketahui umum akan menghasilkan bunyi yang tidak digemari (mengilukan). Ramai juga yang enggan bukan sahaja melihat bahkan membayangkan bunyi ini.Papan hitam juga selalu digunakan di berbagai-bagai tempat (seperti kedai arak),restoran sebagai alat pengiklanan bagi menu serta untuk merekod mata dalam acara-acara sukan di peringkat bawahan.