Demografi Paris

Penduduk Bandar Paris ialah 2,125,246 pada satu bancian pada 1999. Bandar Paris merupakan tempat ketiga dari segi kawasan yang paling padat dengan penduduk di Barat, selepas Manhantan di New York City.

Kawasan Paris ialah salah satu kawasan di Eropah yang mempunyai paling banyak penduduk pelbagai budaya, dengan 19.4% daripada penduduknya dilahirkan diluar Perancis. Daripada satu tinjauan pada 1999, 4.2% penduduk Paris merupakan pendatang yang majoritinya dari China dan Afrika.