Parit_Buntar

Parit Buntar merupakan sebuah bandar berpenduduk sederhana padat dan bandar paling utara di negeri Perak,terletak lebih kurang 40 km dari Butterworth. Bandar Parit Buntar juga merupakan persimpangan jalan masuk ke Serdang dan Lubuk Buntar, Kedah dari lebuhraya. Bandar ini adalah terletak sebelah Lebuhraya Bandar Baharu, Kedah dan juga terletak dekat garisan sempadan negeri Pulau Pinang.Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian. Majoriti penduduk Parit Buntar ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Parit Buntar juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar yang juga terletak di Perak Tengah.Terdapat juga stesen kereta api di Parit Buntar. Plaza tol Parit Buntar di Lebuhraya PLUS sini juga terdapat jalan ke Serdang, Kedah. Terdapat makanan yang terkenal dekat sini iaitu Laksa, Mi Hokkien, Rojak, Nasi Kandar.Parit Buntar juga terletak dekat dengan Nibong Tebal dan Universiti Sains Malaysia di sana.Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak. Kawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Parit Buntar merupakan bandar yang paling dekat pergi ke Pulau Pinang dan Kedah di Perak.Sekolah Menengah Cina turut terletak di Parit Buntar ini iaitu SMJK Krian dekat negeri Pulau Pinang. Banyak penduduk Parit Buntar pun akan berkunjung ke Nibong Tebal menjamu selera kerana enaknya makanan. Pekerja pun selalu mari balik Nibong Tebal untuk bekerja.Untuk lebih tepat, Parit Buntar adalah terletak di Nibong Tebal di Utara dan Bagan Serai di selatan.