Parkson


Parkson ialah sebuah syarikat peruncit yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan-barangan pada kadar sederhana. Parkson ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah sebuah rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Gedung-gedung berjenama Parkson Grand, Parkson Ria dan Parkson Elite semuanya dikendali oleh Parkson.