Parlimen
Parlimen

Parlimen

Parlimen (Tulisan Jawi: ڤرليمين; Bahasa Inggeris: Parliament) merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Terdapat 2 jenis Parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau yang bikameral (dwidewan). Parlimen bikameral terdiri daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih dalam pilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walapun sistem lain, seperti trikameral, wujud, mereka amat jarang. Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis parlement , dimana parler bermaksud bercakap : maka parlement merupakan "tempat untuk bercakap atau berbincang"; suatu perhimpunan atau perjumpaan dimana ahlinya berbincang tentang isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kala digelar "Ibu parlimen-parlimen" kerana ramai negara Komanwel mengasaskan kerajaan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan parlimen.