Parlimen_Kanada
Parlimen_Kanada

Parlimen_Kanada

Parlimen Kanada (Bahasa Inggeris: Parliament of Canada; Bahasa Perancis: Parlement du Canada) ialah badan perundangan persekutuan Kanada yang bertempat di Bukit Parlimen, Ottawa. Badan ini terdiri daripada baginda ratu, yang diwakili oleh wizurai (dikenali sebagai gabenor jeneral); satu dewan pertuanan iaitu Senat dan Dewan Rakyat.[ruj 1] Setiap unsur badan tersebut mempunyai pegawai dan organisasinya yang tersendiri. Dewan Rakyat mempunyai kuasa yang dominan mengikut konvensyen perlembagaan, Senat menyemak semula perundangan berdasarkan sudut pandangan yang tidak berpihak dan baginda Ratu atau wizurai memberikan perkenan diraja untuk menjadikan suatu rang undang-undang itu kepada undang-undang.Antara peranan gabenor jeneral adalah melantik 105 orang senator dengan nasihat perdana menteri, manakala 338 orang ahli Dewan Rakyat—dipanggil sebagai ahli parlimen (AP)—setiap daripada mereka mewakili satu daerah pilihan raya yang biasanya dikenali sebagai riding dan dipilih secara terus oleh para pengundi Kanada. Gabenor jeneral juga memanggil, memprog atau membubarkan parlimen (baginda ratu juga boleh berbuat demikian), dan ratu boleh memanggil untuk diadakan suatu pilihan raya umum.[ruj 2] Salah seorang daripada mereka juga akan membaca titah ucapan takhta. Parlimen terbaru, yang dipanggil oleh David Johnston pada 2015 adalah yang ke-42 sejak Konfederasi.

Parlimen_Kanada

Diasaskan 1 Julai 1867; 152 tahun yang lalu (1867-07-01)
Pilihan raya terakhir Dewan Rakyat 19 Oktober 2015
Sistem pengundian Dewan Rakyat
Sistem pengundian Senat
Dilantik oleh Gabenor Jeneral dengan nasihat Perdana Menteri
Dewan
Ratu
Elizabeth II
sejak 6 Februari 1952
Speaker Dewan Rakyat
Geoff Regan, Liberal
sejak 3 Disember 2015
Ahli
  • 443
  • 338 AP
  • 105 senator
Speaker Senat
George Furey, Tidak bersekutu
sejak 3 Disember 2015
Kumpulan politik di Senat
Perdana Menteri
Justin Trudeau, Liberal
sejak 4 November 2015
Gabenor Jeneral
Julie Payette
sejak 2 Oktober 2017
Jenis
Kumpulan politik di Dewan Rakyat