Parlimen_Perancis
Parlimen_Perancis

Parlimen_Perancis

Parlimen Perancis (Bahasa Perancis: Parlement français) adalah badan perundangan dwidewan Republik Perancis, yang terdiri dari Senat (Sénat) dan Perhimpunan Kebangsaan (Assemblée nationale). Setiap perhimpunan menjalankan sesi perundangan di lokasi yang berasingan di Paris iaitu Istana  Luxembourg untuk Senat dan Istana Bourbon untuk Perhimpunan Negara.Setiap dewan yang mempunyai peraturan dan prosedur yang tersendiri. Bagaimanapun, ahli kedua-dua dewan mungkin kadangkalanya dalam satu dewan, Kongres Perancis (Congrès du Parlement français) misalnya diadakan di Istana Versailles untuk mengkaji semula dan memperbaiki Perlembagaan Perancis.