Partai_Kebangkitan_Bangsa
Partai_Kebangkitan_Bangsa

Partai_Kebangkitan_Bangsa

Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) ialah sebuah parti politik Indonesia yang ditubuhkan oleh Abdurrahman Wahid pada tahun 1999, selepas kejatuhan pemerintahan Suharto. Parti ini yang merupakan parti politik ketiga terbesar di Indonesia menyertai pilihan raya umum buat pertama kali pada tahun 1999, dan meluncurkan Abdurrahman ke jawatan Presiden Indonesia dari Oktober 1999 sehingga Julai 2001. Pada tahun 2004, PKB memperoleh 10.6% (11,989,564) daripada undi-undi dalam pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat.Asas sokongan parti PKB adalah paling kuat di kawasan luar bandar Jawa, dan diperoleh daripada bahagian pilihan raya yang dahulu menyokong Nahdlatul Ulama, sebuah pertubuhan Islam yang konservatif. Bagaimanapun, PKB amat berbeza daripada Nahdlatul Ulama dari segi wawasan. Walaupun PKB mendukung peranan Islam dalam kerajaan, parti ini tidak menyokong gagasan untuk menubuhkan sebuah republik Islam.

Partai_Kebangkitan_Bangsa

Diasaskan 23 Julai 1998; 21 tahun yang lalu (1998-07-23)
Setiausaha-Agung Hanif Dhakiri
DPR
47 / 560
Ideologi Pancasila
Islamisme
Pluralisme
Ahli Sunah Waljamaah
Sayap Wanita Perempuan Bangsa PKB
Warna rasmi Hijau
    
Ketua Fraksi DPR Ida Fauziyah
Ibu pejabat Jalan Raden Saleh 1 No. 9, Menteng
Jakarta Pusat
Keahlian Warganegara Indonesia, Muslim, Bukan-Muslim
Sayap Mahasiswa Gerakan Mahasiswa Satu Bangsa (GEMASABA)
Penggabungan nasional Koalisi Indonesia Hebat (Pemilu 2014)
Koalisi Indonesia Kerja (Pemilu 2019)
Ketua Umum Muhaimin Iskandar