Parthia
Parthia

Parthia

Parthia [5] (Bahasa Parsi Pertengahan: اشکانیان Ashkâniân) adalah tamadun yang berpusat di timur laut Iran. Empayar ini meliputi kawasan Iraq, Afghanistan, Tajikistan, Pakistan, Kuwait, kawasan persisiran Teluk Parsi Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.Parthia dimulakan dengan Dinasti Arsacid yang berjaya menyatukan seluruh kawasan di penara Iran dan juga beberapa wilayah Yunani Timur. Empayar ini merupakan empayar ketiga Iran, selepas Medes dan Empayar Achaemenid. Kejayaan Parthia dalam peperangan kemungkinan adalah hasil sistem tentera berkuda yang maju. Parthia juga merupakan musuh ketat Empayar Rom kerana Parthia menyekat kemaraan Rom di Timur.Riwayat wangsa ini bertahan selama lima abad. Punca kemusnahan empayar ini ialah kelemahan rajanya dalam mengawal pemberontakan dan juga serangan negeri naungannya iaitu Sassanid