Parti_Bersatu_Rakyat_Jelata_Sabah
Parti_Bersatu_Rakyat_Jelata_Sabah

Parti_Bersatu_Rakyat_Jelata_Sabah

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah People's United Front atau BERJAYA merupakan satu parti politik yang bertapak di negeri Sabah. BERJAYA adalah hasil daripada kerjasama Ketua Menteri Pertama Sabah, Tun Fuad Stephens dan mantan setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Harris Salleh. Ianya merupakan sebahagian daripada gabungan Barisan Nasional sejak penubuhannya pada 15 Julai 1975.[1] [2]BERJAYA telah memerintah kerajaan negeri Sabah selama 8 tahun dari 1976 hingga 1985. Tun Fuad Stephens merupakan mantan presiden Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (UPKO) yang pada asalnya adalah bernama Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) sebelum ianya ditukar kepada UPKO pada 16 September 1963 sempena kemerdekaan Sabah melalui gagasan Malaysia. Apabila BERJAYA berjaya memenangi Pilihanraya Negeri 1976,[3] Tun Fuad telah dipilih buat kali kedua sebagai Ketua Menteri Sabah yang kelima menggantikan Mohammad Said bin Keruak daripada USNO. Namun hanya selepas 44 hari menjadi ketua menteri, Tun Fuad meninggal dunia di dalam peristiwa nahas kepal terbang di Kota Kinabalu pada 6 June 1976 yang dikenali sebagai Tragedi Double Six. Harris Salleh menggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Sabah yang keenam.Di dalam pilihanraya negeri 1981, BERJAYA telah mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar dengan memenangi 44 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.[4] Pada 1984, Joseph Pairin Kitingan meninggalkan BERJAYA untuk menubuhkan Parti Bersatu Sabah yang kemudiannya menumbangkan kerajaan negeri BERJAYA di dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1985.[5]Dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1990, sokongan terhadap BERJAYA telah berkurangan sehingga gagal memenani sebarang kerusi.[6] Berjaya akhirnya terkubur dengan kemasukan UMNO ke Sabah dan Harris Salleh menjadi penasihat parti negeri.