Parti_Buruh_Australia
Parti_Buruh_Australia

Parti_Buruh_Australia

Parti Buruh Australia atau Australian Labor Party (ALP) merupakan sebuah parti politik Australia.Parti ini ditubuhkan pada tahun 1891 melalui kebangkitan pergerakan buruh Australia dan merupakan parti politik kebangsaan aktif tertua yang bertanding bagi kerusi dalam Pilihan raya Kebangsaan Australia 1901 selepas penubuhan persekutuan Australia. Parti ini kini bersaing dengan gabungan Parti Liberal Australia/Parti Nasional Australia bagi jawatan politik, terutama pada kerusi persekutuan dan negeri. Parti Buruh telah menjadi parti pembangkang sejak pilihan raya Australia 1996 selepas memegang kerajaan Australia sejak 1983. Parti Buruh telah menguasai kerajaan bagi kesemua enam negeri dan kedua-dua jajahan tanah besar sejak 6 Mac 2002, sebulan selepas pilihan raya legislatif Australia Selatan.