Parti_Demokratik_Bersatu
Parti_Demokratik_Bersatu

Parti_Demokratik_Bersatu

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) ditubuhkan pada 1962 oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) (Mac 1958–Jul 1959), selepas beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA pada Disember 1960.[1]Parti Demokratik Bersatu (UDP) telah menyertai Majlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) (MDC), atau juga dikenali sebagai Konvensyen Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Convention) yang diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja oleh Lee Kuan Yew yang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP), Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) dan Parti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[2] serta parti Sarawak; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) dan Parti Machinda dan mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia [3], semasa Singapura menyertai penubuhan dan masih lagi dalam gagasan persekutuan Malaysia. UDP mempunyai pengaruhnya yang tertumpu di Pulau Pinang dan berjaya memenangi beberapa kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 1964. Pada 1967, Tun Dr. Lim kemudiannya membubarkan UDP untuk mengasaskan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) pada 24 Mac 1968 bersama-sama dengan beberapa aktivis kesatuan sekerja Tan Chee Khoon dan profesor universiti Syed Hussin Al-Atas dan Wang Gungwu.[4]