Parti_Kebangsaan_Sarawak
Parti_Kebangsaan_Sarawak

Parti_Kebangsaan_Sarawak

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Kebangsaan Sarawak (bahasa Inggeris: Sarawak National Party; singkatan: SNAP) merupakan parti politik tertua bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 10 April 1961[1] di Betung oleh sekumpulan pekerja Shell yang berketurunan Iban yang berasal dari Saribas dan pekerja Shell di Brunei dan kawasan yang berdekatan dengan Sarawak.Pengerusi yang pertama ialah J.S. Tinker dan Setiausaha Agung SNAP pertama ialah Stephen Kalong Ningkan seorang pembantu hospital Syarikat Shell Brunei yang kemudiannya menjadi presiden SNAP seterusnya dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (1963-1966).Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, PANAS dan Barjasa kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaum Bidayuh yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). SNAP telah mengubah perlembagaannya pada 1963 untuk menerima ahli bukan Dayak dan James Wong Kim Min telah menjadi ahli Cina SNAP yang pertama dan kemudiannya presiden SNAP selama 22 tahun.[2]Pada 17 Januari 2013, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan ROS membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2002.Keputusan itu diputuskan panel hakim lima anggota selepas parti politik itu gagal mematuhi notis ROS meminta parti itu mengemukakan bukti krisis kepimpinan parti itu telah selesai.Mahkamah membenarkan rayuan ROS untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2010 yang mengekalkan pendaftaran parti itu.[3]