Parti_Machinda
Parti_Machinda

Parti_Machinda

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Parti Machinda (MACHINDA) adalah sebuah parti politik kecil pelbagai kaum yang hanya wujud selama tiga tahun dari 1964-1967 di Sarawak yang diasaskan dan diketuai Datuk Michael Buma dari Betong, Sarawak.[1] MACHINDA mempunyai nama parti yang diambil dari tiga kaum utama Sarawak yang menjadi keanggotaan dan diwakili parti itu iaitu MA untuk Melayu (Malay), CHI untuk Cina (Chinese) dan DA untuk Dayak.[2] MACHINDA tidak menyertai Perikatan Sarawak dan tidak bersetuju dengan penyertaan Sarawak di dalam persekutuan Malaysia yang baru ditubuhkan pada 13 September 1963. Ia mempunyai pengaruh di kawasan Iban di Sebuyau di Bahagian Kedua, Sarawak.[3]Parti Machinda telah menyertai Majlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) (MDC), juga dikenali sebagai Konvensyen Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Convention) yang diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia yang mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia.[4] MDC merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja oleh Lee Kuan Yew yang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP), Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) dan Parti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[5] serta parti Sarawak; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) dan Parti Machinda, semasa Singapura menyertai penubuhan dan masih dalam gagasan persekutuan Malaysia.

Parti_Machinda

Diasaskan 1964
Ketua Datuk Michael Buma
Dibubarkan 1967